top of page

Pertubuhan Belia Emas Perdana

Malaysia Gold Award Association (MAGAA)

Pertubuhan Belia Emas Perdana atau lebih dikenali sebagai Malaysia Gold Award Association ditubuhkan pada tahun 2011 dan dirasmikan oleh Y.B Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan ketika itu sempena Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana 2011.

​

Tujuan penubuhan MAGAA adalah mengumpulkan rekod penerima dan peserta anugerah tahap Emas. MAGAA di pimpin oleh En. Suhail Mohamed Kamarudin, Penerima Anugerah Emas 2009 dan dibantu 19 orang ahli jawatankuasa untuk melaksanakan program atau aktiviti yang djalankan oleh MAGAA dan membantu pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam menggerakkan ARPRM kepada remaja di seluruh Malaysia.

​

MAGAA juga bertanggungjawab menjejaki penerima Anugerah Tahap Emas yang telah berjaya di dalam pelbagai bidang untuk dijadikan contoh sumber inspirasi kepada remaja yang sedang menyertai ARPRM.

​

Sehingga kini, MAGAA telah mempunyai seramai 615 ahli di kalangan penerima Anuegrah Tahap Emas dan lebih kurang 2,500 ahli di kalangan peserta tahap Emas.

​

bottom of page