top of page

Anugerah Perdana Belia Negara 2018 - Kategori Pemegang Emas Remaja Perdana

Pihak Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara 2018 bagi kategori Pemegang Emas Remaja Perdana. Anugerah tersebut adalah sebuah pengiktirafan kepada penerima tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di atas sumbangan dan penglibatan selepas ditauliahkan.


Sesi Penilaian telah dilaksanakan pada 3 April 2018 bertempat di Diamond Lounge, Aras 4, Menara KBS, Putrajaya yang terdiri daripada 3 orang panel penilai iaitu, Hj. Sa'don Bin Suraji, Hj. Mohd Fadzil Bin Yahya dan En. Mohamad Aris Bin Mohamed Dol dan melibatkan 9 orang calon yang mempertandingkan sumbangan dan penglibatan masing-masing di pelbagai peringkat.

Sama-sama kita nantikan siapakah bakal pemenang bagi kategori yang dipertandingkan.

84 views0 comments

Comentários


bottom of page