top of page

Kursus Pengurusan ARPRM MYHA - JBSWPKL

Updated: Apr 19, 2018

Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL) telah melaksanakan Kursus Pengurusan ARPRM pada 15 hingga 17 Disember 2017 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


Seramai 30 orang peserta telah menghadirkan diri daripada 4 buah MYHA cawangan negeri iaitu, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang. Modul perkongsian disampaikan oleh Mohd Ikhsan Bin Abdul Wahab, Pn. Anfatny Rutel dan Hazrul Hafizi Abdul Halim.


Antara objektif kursus ini adalah melahirkan para pemimpin ARPRM dikalangan pimpinan MYHA negeri serta mempelbagaikan aktiviti MYHA dan melalui ARPRM sebagai nilai tambah kepada pengiktrafan peserta.


Pihak MYHA juga akan melaksanakan Jelajah ARPRM - MYHA dengan menjadikan daerah Gombak sebagai destinasi pertama yang akan menjadi lokasi jelajah nanti.


Majlis perasmian kursus dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dewan Negara, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.

Majlis Penutupan Kursus Pengurusan ARPRM MYHA - JBSWPKL telah disempurnakan oleh Pn. Ann Rutel selaku wakil pengarah JBSWPKL dan diharapkan pimpinan tertinggi MYHA Kebangsaan dan negeri dapat mengaplikasikan program ARPRM di dalam persatuan cawangan masing-masing.


30 views0 comments

Comentarios


bottom of page