top of page

Program Ekspedisi & Eksplorasi ARPRM Kolej Yayasan Saad (KYS) Melaka

Kolej Yayasan Saad (KYS) Melaka telah melaksanakan program Komponen Penjelajahan Lasak iaitu Program Ekspedisi & Eksplorasi ARPRM tahap Emas pada 18 hingga 21 Mac 2018 bertempat di Kuala Tahan Taman Negara Pahang dan Kem Rekreasi Gunung Senyum, Pahang.


Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Freezone Tours n Travels dan melibatkan 107 orang peserta Tahap Emas ARPRM yang perlu melengkapkan kriteria minimum 4 hari dan 3 malam mencabar diri mereka mengadaptasi persekitaran alam semulajadi serta perlu melalui jarak perjalanan minimum 80 kilometer.



Pada tarikh yang sama bertempat di Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam, Berlangsung Kem Asas Perkhemahan dan Ikhtiar Hidup yang melibatkan 120 peserta tahap Gangsa dan Perak yang bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman hidup terhadap persekitaran alam semulajadi kepada mereka yang pertama kali berada di luar sesi pembelajaran sekolah.


Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Wildernness Malaysia di mana untuk tahap Gangsa dan Perak menjalankan aktiviti mengikut kriteria minimum Tahap Perak yang memerlukan peserta melalui aktiviti selama 3 hari dan 2 malam dan perlu melalui jarak minimum 48 kilometer.


Syabas dan tahniah kepada Kolej Yayasan Saad (KYS) Melaka atas penganjuran serta pendedahan kepada para peserta yang boleh dijadikan pengalaman hidup yang boleh dikongsikan kepada generasi akan datang.

205 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Alamat :

Sekretariat ARPRM,

Bahagian Pembangunan Rakan Muda,

Aras 12, Menara KBS,

Presint 4, Persiaran Perdana,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62750 Putrajaya,

Wilayah Persekutuan, MALAYSIA

No Tel :

+60 3 - 8871 3748 (Sekretariat ARPRM)

+6018 - 2093055 (Mohd Ikhsan)

No. Faks :

+60 3 - 8888 8780

E - mel :

info.arprm@gmail.com

Unit Anugerah (Sekolah)

Unit Anugerah (NGO)

Rakan Strategik

© 2018 oleh Sekretariat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

bottom of page