top of page

Program Penjelajahan Lasak Tahap Emas ARPRM - Kelab Rakan Muda Tawau


Unit Anugerah (AU) ARPRM Kelab Rakan Muda Tawau, Sabah telah melaksanakan komponen penjelajahan lasak bagi tahap Emas pada 19 hingga 22 April 2018 yang n melibatkan perjalanan dari Bandar Tawau hingga Kg Sg Imam Merotai, Sabah. Jarak perjalanan bagi komponen ini perlu melebihi 80 kilometer dan mengambil masa 4 hari dan 3 malam bagi melengkapkan komponen ini untuk tahap Emas.


Seramai lapan (8) orang peserta tahap emas terlibat bagi menjayakan aktiviti ini. Konsep menumpang (hitch) kenderaan orang awam diterapkan dalam program kali bagi memberi pendedahan kepada para peserta cabaran pengembaraan dan eksplorasi di luar sesi pembelajaran yang juga merupakan suatu pengalaman baharu kepada peserta.

Tahniah dan syabas kepada peserta tahap Emas ARPRM yang mencabar diri masing-masing bagi meneroka potensi dan memperoleh pengalaman yang baharu untuk bekalan masa hadapan.

117 views0 comments

Comments


bottom of page